Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out
Lilypie First Birthday tickers
Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 3, 2010

Adab muslim ketika bergurau

Saturday, July 3, 2010


RASULULLAH SAW bersabda,

Maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta supaya orang lain tertawa. Celakalah !” (Hadis riwayat Abu Daud)

Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau
menggelikan hati orang lain. Sinonimnya kelakar adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Namun, bergurau mempunyai adab yang digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah

b) Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati seorang muslim.

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata sepatutnya iaitu ketika bergurau.

Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

1 comments:

Unknown said...

thanks.. :)

Post a Comment

 

min aina..?